Sunday, October 28, 2012

PANDUAN PENGISIAN E-PELAPORAN OKTOBER 2012

Bagi yang telah selesai mengisi ruangan berkenaan
dan tiada ralat sila abaikan panduan ini.

Bagi yang masih tertanya-tanya dan belum mengisi, bolehlah mengisi
mengikut panduan berikut untuk mengisi data dalam ESATU dan EDUA:


ESATU SAHAJA

JAWI: Masukkan angka “6” pada setiap bahagian LISAN, MEMBACA & MENULIS untuk SETIAP MURID. Tujuannya mengelakkan RALAT pada bahagian STATUS.

BAHASA ARAB: Masukkan JUMLAH BAND TERTINGGI pada SETIAP BAHAGIAN untuk SETIAP MURID, iaitu LISAN - 15, MEMBACA - 13 & MENULIS - 10. Tujuannya mengelakkan RALAT pada bahagian STATUS.

LAIN-LAIN: Diisi seperti biasa.


EDUA SAHAJA

JAWI: Masukkan angka “6” pada setiap bahagian LISAN, MEMBACA & MENULIS untuk SETIAP MURID. Tujuannya mengelakkan RALAT pada bahagian STATUS.

BAHASA ARAB: Masukkan JUMLAH BAND TERTINGGI pada SETIAP BAHAGIAN untuk SETIAP MURID, iaitu LISAN - 15, MEMBACA - 13 & MENULIS - 10. Tujuannya mengelakkan RALAT pada bahagian STATUS.

KHATAM AL-QURAN: Masukkan ‘MS 81’ sekiranya bacaan murid antara MS 82 sehingga Juzuk 4.


LAIN-LAIN: Diisi seperti biasa.

DATA JAWI & BAHASA ARAB ESATU DAN EDUA TIDAK
DIAMBIL KIRA DALAM ANALISA DATA.

Wednesday, October 10, 2012

SEDIKIT PENAMBAHAN ISI DATA TAHUN 1 & 2 (KSSR) DALAM e-LAPORAN

Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memaklumkan bahawa proses penyediaan data pelaporan program j-QAF 6 Bulan Kedua 2012 adalah sama seperti e-Laporan Jun 2012

Cuma ada sedikit penambahan iaitu: DATA PENCAPAIAN MURID TAHUN 1 & 2 BAGI JAWI DAN BAHASA ARAB PERLU DIMASUKKAN BERDASARKAN KEPADA PENCAIPAIAN PBS (SILA RUJUK EVIDEN, DISTRAKTOR DAN BAND) DI DALAM REKOD TRANSIT UNTUK PROSES MEMASUKKAN DATA. JIKA DATA INI TIDAK DIISI, MAKA AKAN BERLAKU RALAT YANG MENJEJASKAN GRED PENCAPAIAN SEKOLAH, PPD DAN JPN.

e-LAPORAN j-QAF OKTOBER 2012

ASSALAMUALAIKUM

BAGI MEMUDAHKAN SEMUA GURU PENYELARAS e-LAPORAN j-QAF UNTUK MASUK TERUS KE LAMAN MUAT TURUN BAHAN DI BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM, KPM. SILA KLIK DI SINI (FORMAT e-LAPORAN).

UNTUK MUAT TURUN INSTRUMEN PKSR JAWI & BAHASA ARAB SILA KLIK DI SINI.

UNTUK TERUS KE LAMAN WEB BPI, KPM SILA KLIK DI SINI.